...:: PERUTUSAN GURU BESAR ::...

 

Tuan Haji Hassan Bin Haji Johari
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bandar Maharani, Muar.

Selamat menyambut Maal Hijrah 1431 dan Tahun Baru 2010. Bersyukur ke hadrat Allah swt kerana ini merupakan tahun ke 4 Unit IT sekolah ini membangunkan paparan Laman web sekolah sejajar dengan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia ke arah celik IT. Adalah menjadi hasrat saya dan warga sekolah, dengan adanya paparan Laman Web ini akan menjadi penghubung yang positif antara pihak sekolah dengan ibubapa serta masyarakat luar. Justeru dengan adanya laman web ini Sekolah Kebangsaan Bandar Maharani telah melangkah ke era dunia IT tanpa sempadan.

Menjadi harapan besar pihak sekolah , kejayaan akademik ,kokurikulum serta sahsiah, menjadi lebih mantap dan berkesan dari kalangan anak-anak kita. Kecemerlangan dalam bidang sahsiah dan akademik merupakan satu anugerah yang sangat berharga. Tahun lepas iaitu tahun 2008 merupakan satu tahun yang sangat bermakna lagi bersejarah kepada warga sekolah ini. Kejayaan merangkul Anugerah Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan,Kementerian Pelajaran Malaysia telah melonjakkan semangat warga sekolah kearah pencapaian visi dan misi sekolah berlandaskan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Keputusan UPSR 2008 terbaik ’top three’ dalam Negeri Johor dan terbaik Daerah Muar, juga telah mengharumkan dan melonjakkan nama sekolah ini dikalangan ibu bapa, masyarakat, PPD Muar,Jabatan Pelajaran Negeri Johor dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kejayaan yang cemerlang perlu selari dengan pembentukan sahsiah. Justeru tema pengurusan secara berfokus untuk tahun 2009 - 2010 ”SAHSIAH CEMERLANG TERAS KEJAYAAN” merupakan panduan khas warga sekolah ke arah pencapain visi dan misi sekolah. Akhirkata ,kejayaan yang dikecapi adalah hasil usaha kita bersama.Terima kasih diucapkan kepada PIBG ,guru-guru serta semua yang mengharumkan nama sekolah.Semoga 2010 menjanjikan lebih kejayaan kepada kita. Insyallah.
 


 
 
     Guru Besar

Tuan Haji Hassan Bin Haji Johari
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bandar Maharani, Muar.

     Menu Utama
     Peti Pesanan
     Quran Rawak
 
 
     Kemaskini Akhir

Sunday, April 18, 2010 07:14 PM