Posts Tagged ‘unit ict’

Salam takziah, Puan Hjh Zahrah.

Tuesday, May 25th, 2010

nisan_dan_kepok

Pada pukul 10.00 malam Unit ICT Sekolah SK Bandar Maharani dikejutkan dengan berita sedih yang menimpa seorang guru yang dedikasi iaitu Puan Hajah Zahrah Bt Haji Daim. Suami beliau iaitu Tuan Haji Ismail Bin Haji Mat Som telah kembali kerahmatullah pada waktu Isyak.

Warga lelaki SK Bandar Maharani diketuai oleh Tuan Haji Hassan Bin Haji Johari, Ustaz Haji Iskandar B Hamzah, Ustaz Haji Zainudin B Mohamad serta beberapa guru lelaki bergegas ke rumah Puan Hajah Zahrah untuk membuat tahlil.Majlis tahlil pada malam itu berakhir pada jam 11.00 malam.Tahniah kepada warga sekolah yang sangat perihatin dalam hubungan persahabatan.

Kepada Puan Hajah Zahrah ,warga SK Bandar Maharani merakamkan ucapan takziah.Semoga roh Allahyarham Tuan Haji Ismail dihimpunkan bersama-sama mereka yang beriman. Amin….

Teakwando ….Kita Menang…

Monday, April 12th, 2010

teakwando

Unit Kokurikulum Sekolah juga turut berbangga dengan semangat juang dua peserta Teakwando yang menyertai Pertandingan Teakwando Terbuka yang diadakan di Dewan Badminton Cheras Kuala Lumpur baru-baru ini.Dalam perjuangan itu dua peserta kita iaitu Danial Aiman Bin Edy Suhaidi dan Muhd Izzat Bin Kamaruddin telah menggondol tempat  kedua dan ketiga.Unit ICT merakam ucapan jutaan atas kejayaan kalian.