Posts Tagged ‘tahniah’

Pingpong menang lagi…..

Monday, April 12th, 2010

Khabar gembira buat warga sekolah apabila Jurulatih Pingpong pulang dengan berita yang gembira. Unit ICT mengucapkan tahniah untuk semua yang terlibat dalam pertandingan ini. Seramai 4 pemain SK Bandar Maharani layak ke peringkat Negeri Johor. Mereka ialah Nor Fazwin Bte Ali Tahun 6 Raya , Ahmad Zaidi Bin Shahlan Tahun 6 Mawar ,Nasihah Bt Abd Shukor Tahun 6 Mawar dan Fatin Natrah Bte Md Sood Tahun 5Raya. Kepada Encik Baharon ,Tuan Haji Iskandar dan Puan Siti Rubiah Bt Mohd Naib ,sekalung tahniah kami ucapkan.

pingpong

Tahniah Bintangku…..

Monday, March 22nd, 2010

5star10
Hari ini 22 MAC 2010 , Tuan Haji Hassan Bin Haji Johari Guru Besar SK Bandar Maharani bersama-sama Puan Azmah Bt Ayub GPK 1 , Puan Siti Rubiah Bt Mohd Naib GPK Kokurikulum serta Encik Azman Bin Ahmad GPK Hem bergambar bersama-sama 5 orang penerima anugerah Bintangku sempena pencapaian 5A dalam UPPM 1 2010. Pihak sekolah merakamkan ucapan tahniah di atas kejayaan mereka.Di sinilah segalanya bermula.Tahniah. Usaha gigih berhasil jua.