Posts Tagged ‘skbm’

Mesyuarat Dua Dalam Satu..

Monday, May 3rd, 2010

Hari ini satu mesyuarat dua dalam satu diadakan di Bilik Pemudahcara.Pembentang Mesyuarat Sambutan Hari Guru di ketuai oleh Puan Zainon Bt Adam dan Tuan Haji Iskandar Bin Hamzah.Pembentangan Mesyuarat PIBG pula di ketuai oleh Puan Azmah Bt Ayub GPK 1.Mesyuarat Agung PIBG akan dilangsungkan pada 8 MEI 2010 jam 9.00 pagi bertempat di Dewan SK Bandar Maharani ( Kantin Sekolah )

SK Bandar Maharani on fire!!!

Friday, April 16th, 2010

api2

api1

SK Bandar Maharani was shocked when the emergency bell ringing by our headmaster Tuan Haji Hassan Bin Haji Johari at 8.20 a.m. We thought that it was just a fire drill , but actually our electrical fuse burnt. So the pupils gathered and was informed by our headmaster about the incident. Luckily , he and our school security guard Encik Jamaluddin managed to put out the fire immediately. Thanked to TNB Muar, JKR Muar  and Jabatan Bomba Dan Penyelamat Muar for their quick action to fix the damage.

Perpisahan …Ustazah Puan Hjh Hanisah Bte Mohd Salleh

Monday, April 12th, 2010

hanisahSelamat bertugas di SK Parit Khadi kami ucapkan untuk Puan Hjh Hanisah Bt Mohd Salleh.Majlis perpisahan ringkas diadakan oleh pihak sekolah sempena majlis itu. Dalam ucapan perpisahan, Puan Hjh Hanisah menasihatkan warga SK Bandar Maharani agar berusaha gigih demi masa hadapan. Dalam majlis ini juga Puan Hjh.Hanisah terus memberi setiap warga sekolah dengan beg berisi makanan ringan. Semoga Puan Hjh Hanisah lebih cemerlang di tempat yang baru.

Sambutan Maulidurasul SK Bandar Maharani

Wednesday, March 31st, 2010

Panitia Agama Islam SK Bandar Maharani telah mengadakan Sambutan Maulidurasul Peringkat Sekolah pada 27 MAC 2010. Penceramah Undangan iaitu Ustaz Fadhil Bin Amin dari SK Sultan Abu Bakar 1.Sejarah perkembangan Nabi Muhammad saw telah dikupas dengan begitu baik sekali.Lebih membanggakan lagi YDP PIBG sekolah ini Dr Fauzi Bin Abu telah turut sama rewang menyediakan juadah untuk jamuan.

maulid1

penonton

masak1

YDP PIBG Turun Padang…Program Akujaya 2010

Saturday, March 13th, 2010

akujaya101
Hari ini 13 MAC 2010 Yang DiPertua PIBG SK Bandar Maharani turut serta dalam Program Akujaya Tahun 6 2010. Program hari ini dihadiri oleh murid-murid tahun 6 dan ibubapa mereka. Ucapan alu-aluan Tuan Haji Hassan Bin Haji Johari, Guru Besar sekolah ini telah menjelaskan objektif program ini.

Doktor Fauzi Bin Abu orang kuat PIBG menyarankan agar pihak ibubapa menyokong apajua program sekolah kerana demi kebaikan anak didik kita sendiri. Melalui pengalaman, beliau menjelaskan kejayaan hanya akan tercapai melalui usaha dua pihak iaitu sekolah dan ibubapa. Justeru beliau berharap ibubapa berikan sokongan demi kemajuan anak didik kita.