Posts Tagged ‘Pibg’

Mesyuarat Dua Dalam Satu..

Monday, May 3rd, 2010

Hari ini satu mesyuarat dua dalam satu diadakan di Bilik Pemudahcara.Pembentang Mesyuarat Sambutan Hari Guru di ketuai oleh Puan Zainon Bt Adam dan Tuan Haji Iskandar Bin Hamzah.Pembentangan Mesyuarat PIBG pula di ketuai oleh Puan Azmah Bt Ayub GPK 1.Mesyuarat Agung PIBG akan dilangsungkan pada 8 MEI 2010 jam 9.00 pagi bertempat di Dewan SK Bandar Maharani ( Kantin Sekolah )

YDP PIBG Turun Padang…Program Akujaya 2010

Saturday, March 13th, 2010

akujaya101
Hari ini 13 MAC 2010 Yang DiPertua PIBG SK Bandar Maharani turut serta dalam Program Akujaya Tahun 6 2010. Program hari ini dihadiri oleh murid-murid tahun 6 dan ibubapa mereka. Ucapan alu-aluan Tuan Haji Hassan Bin Haji Johari, Guru Besar sekolah ini telah menjelaskan objektif program ini.

Doktor Fauzi Bin Abu orang kuat PIBG menyarankan agar pihak ibubapa menyokong apajua program sekolah kerana demi kebaikan anak didik kita sendiri. Melalui pengalaman, beliau menjelaskan kejayaan hanya akan tercapai melalui usaha dua pihak iaitu sekolah dan ibubapa. Justeru beliau berharap ibubapa berikan sokongan demi kemajuan anak didik kita.