Posts Tagged ‘menang’

Perpisahan …Ustazah Puan Hjh Hanisah Bte Mohd Salleh

Monday, April 12th, 2010

hanisahSelamat bertugas di SK Parit Khadi kami ucapkan untuk Puan Hjh Hanisah Bt Mohd Salleh.Majlis perpisahan ringkas diadakan oleh pihak sekolah sempena majlis itu. Dalam ucapan perpisahan, Puan Hjh Hanisah menasihatkan warga SK Bandar Maharani agar berusaha gigih demi masa hadapan. Dalam majlis ini juga Puan Hjh.Hanisah terus memberi setiap warga sekolah dengan beg berisi makanan ringan. Semoga Puan Hjh Hanisah lebih cemerlang di tempat yang baru.

Pingpong menang lagi…..

Monday, April 12th, 2010

Khabar gembira buat warga sekolah apabila Jurulatih Pingpong pulang dengan berita yang gembira. Unit ICT mengucapkan tahniah untuk semua yang terlibat dalam pertandingan ini. Seramai 4 pemain SK Bandar Maharani layak ke peringkat Negeri Johor. Mereka ialah Nor Fazwin Bte Ali Tahun 6 Raya , Ahmad Zaidi Bin Shahlan Tahun 6 Mawar ,Nasihah Bt Abd Shukor Tahun 6 Mawar dan Fatin Natrah Bte Md Sood Tahun 5Raya. Kepada Encik Baharon ,Tuan Haji Iskandar dan Puan Siti Rubiah Bt Mohd Naib ,sekalung tahniah kami ucapkan.

pingpong

Teakwando ….Kita Menang…

Monday, April 12th, 2010

teakwando

Unit Kokurikulum Sekolah juga turut berbangga dengan semangat juang dua peserta Teakwando yang menyertai Pertandingan Teakwando Terbuka yang diadakan di Dewan Badminton Cheras Kuala Lumpur baru-baru ini.Dalam perjuangan itu dua peserta kita iaitu Danial Aiman Bin Edy Suhaidi dan Muhd Izzat Bin Kamaruddin telah menggondol tempat  kedua dan ketiga.Unit ICT merakam ucapan jutaan atas kejayaan kalian.