Posts Tagged ‘hari guru’

Hari Guru 2010

Monday, May 17th, 2010

“Guru Pembina Negara Bangsa”  Tema sempena sambutan Hari Guru Tahun 2010. Sambutan Peringkat Sekolah telah diadakan pada 17 Mei 2010. Acara bermula jam 7.30 pagi dengan paluan kompang menggiringi para pendidik ke Dataran Gemilang. Perarakkan diketuai oleh Tuan Haji Hassan Bin Haji Johari Guru Besar SK Bandar Maharani.


Penutup sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah disudahi dengan laungan 1 Malaysia. Unit ICT merakamkan ucapan Selamat Hari Guru kepada semua warga SK Bandar Maharani.”Kerja dengan ikhlas demi anak bangsa kita” pesan Tuan Haji Hassan kepada warga sekolah ini.

Mesyuarat Dua Dalam Satu..

Monday, May 3rd, 2010

Hari ini satu mesyuarat dua dalam satu diadakan di Bilik Pemudahcara.Pembentang Mesyuarat Sambutan Hari Guru di ketuai oleh Puan Zainon Bt Adam dan Tuan Haji Iskandar Bin Hamzah.Pembentangan Mesyuarat PIBG pula di ketuai oleh Puan Azmah Bt Ayub GPK 1.Mesyuarat Agung PIBG akan dilangsungkan pada 8 MEI 2010 jam 9.00 pagi bertempat di Dewan SK Bandar Maharani ( Kantin Sekolah )