Syukur ..usaha murni kita dihargai…..
29 Jun 2010 Puan Azmah Bt Ayub GPK 1 Sekolah Kebangsaan Bandar Maharani pulang dari Johor dengan membawa perkhabaran yang menggembirakan warga sekolah.Jutaan tahniah kerana segala usaha murni KITA dihargai dengan kemenangan 5 anugerah Audit Akademik & Majlis Anugerah Kecemerlangan Jabatan Pelajaran Johor Bil. 1/2010.Anugerah yang dirangkul ialah :
1. Indeks Penarafan Kualiti Pengurusan / Kepimpinan Guru Besar 2009.
2. IPQ Audit Dokumen Pengurusan Sekolah 2010.
3. IPQ Pencapaian UPSR 2009.
4. IPQ Penarafan Kendiri sekolah (SKPM ) 2009.
5. Pusat Sumber Cemerlang Tahap 4 Bintang.
Majlis penyampaian hadiah ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Sufa’at Bin Tumin Pengarah Jabatan Pelajaran Johor yang berlangsung di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar Johor.
Tuan Haji Hassan Bin Haji Johari menegaskan bahawa kejayaan ini merupakan kejayaan KITA semua.Kerjalah dengan ikhlas tegas beliau lagi.