Syukur to Allah …UPSR 2011

upsr2011a1

upsr2011b

17 November 2011 menjadi tarikh keramat untuk semua warga SK Bandar Maharani apabila kita sekali lagi mendapat keputusan UPSR yang cemerlang .Seramai 31 orang murid  mendapat 5A . Kami warga sekolah sangat bersyukur atas kejayaan ini .Tiga subjek yang mendapat  100% ialah Penulisan , Pemahaman dan Matematik manakala Bahasa Inggeris 97.9% dan Sains 98.9%.

Keputusan diumumkan oleh Tuan Haji Hassan Bin Haji Johari dan diraikan bersama seluruh warga sekolah dan ibu bapa tahun 6 yang hadir.Air mata kegirangan menitis menyambut khabar kecemerlangan .Nur Humaira Munira Bt Maruan menyatakan kejayaan 5A diluar jangkaan. Beliau sangat bersyukur dengan kejayaan ini .Seramai 27 murid 6 Raya mendapat 5A manakala 4 murid dari kelas 6Mawar  mendapat 5A . Kejayaan murid dari 6 Anggerik juga membuktikan bahawa kejayaan boleh dicapai dengan usaha yang gigih.Muhd Amir Shahkirin ,Wan Muhd Farhan dan Syahme Salim masing-masing mendapat 3A dan 2A  sangat gembira dengan keputusan itu.Kami warga sekolah sentiasa mendoakan kejayaan anda.Ingat perjuangan menuntut ilmu masih belum selesai .Tahniah untuk semua pelajar UPSR 2011.

Leave a Reply