August 8th, 2011
Today 8 AUGUST 2011 the flag raising campaign is launched by Tuan Haji Hassan Bin Haji Johari the headmaster of SK Bandar Maharani.

Tuan Haji Hassan give the Malaysia flag to Tuan Haji Iskandar on behalf of staffs SK Bandar Maharani.

The Headmaster also sticked the flag onto one of the teacher’s car screen.


The best of SK Bandar Maharani singer.



The hardworking teacher .Thank you to Ustaz Shahrul fizi ,Encik Bahrun and Encik Remy Azman. May god bless you.
Posted in Umum | No Comments »
July 3rd, 2011
A total of 545 students of SK Bandar Maharani participated in the 1 Student 1 Sport 1 Malaysia on last Saturday 2 July 2011.The Headmaster of SK Bandar Maharani , Tuan Haji Hassan Bin Haji Johari said the run was in conjunction with the launching of the 1 Student 1 Sport 1 Malaysia policy , as announced by the Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin who is also Education Minister.






Laungan 1 Malaysia by Tuan Haji Hassan and all student of SK Bandar Maharani on 2 July 2011.


A talk by Cik Syaidatul Rabikah Adawiyah Bt Mohd Ali and Tuan Haji Iskandar.

Posted in Umum | No Comments »
April 20th, 2011
13 APRIL 2011 Satu Latihan Kebakaran telah diadakan di sekolah ini.Latihan ini dibawah kelolaan GPK Hem Encik Azman Bin Ahmad dan dibantu oleh AJK Keselamatan Sekolah.

Encik Azman sedang memberi taklimat tentang aturcara keselamatan semasa kebakaran.

Murid-murid berkumpul di kawasan yang selamat.

Guru-guru kelas berasa lega apabila mendapati anak-anak didik mereka selamat.Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat.
Posted in Berita Semasa | No Comments »
April 20th, 2011
9 APRIL 2011 SK Bandar Maharani telah mengadakan Sambutan Maulidurasul Peringkat Sekolah dengan jayanya.Penceramah jemputan dari Sekolah Rendah Agama Sungai Abong dijemput bagi menyempurnakan majlis barakah ini.

Ketua Dapur Cikgu Helmi Bin Sumin dibantu oleh semua guru lelaki.Penyediaan makanan bermula dari jam 11.00 malam.

Tuan Haji Hassan Bin Haji Johari sedang menyampaikan ucapan.Anak beliau turut serta dalam majlis yang mulia ini.

Penceramah jemputan.



Emmm..sedapnya masakan Cikgu Helmi dan krewnya.Tahniah semua yang terlibat.
Posted in Berita Semasa | No Comments »
April 20th, 2011
6 APRIL 2011 Seramai 125 orang mahasiswa dan mahasiswi Universiti Thonburi Thailand berkunjung ke SK Bandar Maharani. Lawatan akademik ini diketuai oleh Mr Suwan Chai Pai Ubon iaitu Pengarah Universiti Thonburi ini. Encik Najib Bin Sipan dan Encik Ahmad Bin Kamaruddin dari Pejabat Pendidikan Muar turut meraikan tetamu jauh ini.

Ketibaan tetamu disambut oleh guru-guru dengan paluan kompang SK Bandar Maharani.
Penyampaian cenderamata oleh Puan Azmah kepada Encik Suwan Cai Pai Ubon sambil diperhatikan oleh Encik Ahmad Bin Kamaruddin dari PPD Muar.

Encik Suwan Chai Pai Ubon berucap dan diterjemahkan oleh Encik Kumit Long Kunan Pemandu Pelancung dari Satun Selatan.



Murid-murid SK Bandar Maharani turut bersalaman dengan tetamu jauh ini.
Tahniah kepada semua AJK terlibat.
Posted in Umum | No Comments »
April 20th, 2011
27 MAC 2011 Pasukan Zapin Prasekolah Bandar Maharani telah diundang bagi membuat persembahan sempena Program Juara Rakyat.Program bertujuan menyampaikan penghargaan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam UPSR , PMR dan SPM.Tahniah kepada bekas-bekas pelajar sekolah ini yang berjaya dalam peperiksaan itu.

Persembahan Zapin Prasekolah SK Bandar Maharani.

Bekas pelajar SK Bandar Maharani yang turut menerima penghargaan.

Posted in Umum | No Comments »
March 4th, 2011
Tahniah kepada Tuan Haji Hassan Bin Hj Johari yang telah berjaya menerima Anugerah New Deal NKRA .Majlis dilaksanakan di dewan SMK Tun Syed Zahiruddin Ayer Tawar Melaka pada 28 FEBRUARI 2011.Majlis disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhiyiddin Mohd Yassin.


Guru Besar bersama Tuan Haji Markom Giran Pengarah Pelajaran Negeri Johor.

Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Mohd Yassin hadir bagi menyampaikan anugerah kepada Guru Besar-Guru Besar yang berjaya.

Tuan Haji Hassan bergambar kenangan bersama Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Datuk Abdul Ghafar Mahmud setelah selesai majlis.

Guru Besar sedang ditemuramah oleh Media Massa TV 3.
Kami warga SK Bandar Maharani merakamkan ucapan tahniah atas kejayaan yang telah dicapai.
Posted in Umum | No Comments »