

17 November 2011 menjadi tarikh keramat untuk semua warga SK Bandar Maharani apabila kita sekali lagi mendapat keputusan UPSR yang cemerlang .Seramai 31 orang murid mendapat 5A . Kami warga sekolah sangat bersyukur atas kejayaan ini .Tiga subjek yang mendapat 100% ialah Penulisan , Pemahaman dan Matematik manakala Bahasa Inggeris 97.9% dan Sains 98.9%.
Keputusan diumumkan oleh Tuan Haji Hassan Bin Haji Johari dan diraikan bersama seluruh warga sekolah dan ibu bapa tahun 6 yang hadir.Air mata kegirangan menitis menyambut khabar kecemerlangan .Nur Humaira Munira Bt Maruan menyatakan kejayaan 5A diluar jangkaan. Beliau sangat bersyukur dengan kejayaan ini .Seramai 27 murid 6 Raya mendapat 5A manakala 4 murid dari kelas 6Mawar mendapat 5A . Kejayaan murid dari 6 Anggerik juga membuktikan bahawa kejayaan boleh dicapai dengan usaha yang gigih.Muhd Amir Shahkirin ,Wan Muhd Farhan dan Syahme Salim masing-masing mendapat 3A dan 2A sangat gembira dengan keputusan itu.Kami warga sekolah sentiasa mendoakan kejayaan anda.Ingat perjuangan menuntut ilmu masih belum selesai .Tahniah untuk semua pelajar UPSR 2011.