Archive for the ‘Hebahan’ Category

Syukur to Allah …UPSR 2011

Thursday, December 1st, 2011

upsr2011a1

upsr2011b

17 November 2011 menjadi tarikh keramat untuk semua warga SK Bandar Maharani apabila kita sekali lagi mendapat keputusan UPSR yang cemerlang .Seramai 31 orang murid  mendapat 5A . Kami warga sekolah sangat bersyukur atas kejayaan ini .Tiga subjek yang mendapat  100% ialah Penulisan , Pemahaman dan Matematik manakala Bahasa Inggeris 97.9% dan Sains 98.9%.

Keputusan diumumkan oleh Tuan Haji Hassan Bin Haji Johari dan diraikan bersama seluruh warga sekolah dan ibu bapa tahun 6 yang hadir.Air mata kegirangan menitis menyambut khabar kecemerlangan .Nur Humaira Munira Bt Maruan menyatakan kejayaan 5A diluar jangkaan. Beliau sangat bersyukur dengan kejayaan ini .Seramai 27 murid 6 Raya mendapat 5A manakala 4 murid dari kelas 6Mawar  mendapat 5A . Kejayaan murid dari 6 Anggerik juga membuktikan bahawa kejayaan boleh dicapai dengan usaha yang gigih.Muhd Amir Shahkirin ,Wan Muhd Farhan dan Syahme Salim masing-masing mendapat 3A dan 2A  sangat gembira dengan keputusan itu.Kami warga sekolah sentiasa mendoakan kejayaan anda.Ingat perjuangan menuntut ilmu masih belum selesai .Tahniah untuk semua pelajar UPSR 2011.

Jom Study.

Wednesday, May 26th, 2010

uppm

UPPM 2 akan diadakan secara berasingan. Bagi murid-murid tahun 6 mereka akan menduduki peperiksaan ini mulai 24 Mei 2010 hingga 27 Mei 2010. Manakala bagi murid-murid tahun 1 hingga 5 mereka akan menjalani ujian mulai 1 Jun 2010 hingga 4 Jun 2010.

Justeru pihak sekolah berharap agar tuan / puan dapat memastikan anak tuan/puan hadir semasa tarikh tersebut. Selamat Menduduki Peperiksaan. Jom kita doakan kejayaan anak didik kita:

” Ya Allah ya tuhan kami, berikanlah kejayaan yang jitu kepada anak didik kami agar kejayaan ini akan mengembirakan hati kedua-dua ibubapa mereka dan menjadikan mereka lebih bertakwah kepadaMu …Amin”

Kunjungan Guru Besar - Guru Besar Daerah Pontian.

Sunday, February 22nd, 2009

11 Februari yang lalu SK Bandar Maharani telah menerima sekumpulan Guru Besar Guru Besar Cemerlang dari Daerah Pontian. Objektif lawatan ini ialah untuk melihat kecemerlangan sekolah ini terutama dalam Bidang Pengurusan .Para tetamu diberikan taklimat oleh Tuan Haji Hassan Bin Haji Johari selaku Guru Besar sekolah ini.

Keputusan UPSR 2008

Thursday, November 13th, 2008

Di Majlis Pengumuman Keputusan UPSR Negeri Johor di Hotel M”Suite Johor Bahru pada 13 November 2008, SK Bandar Maharani telah diumumkan mendapat tempat Ke 3 Terbaik UPSR 2008 peringkat Negeri Johor. Dua anugerah dirangkul pada majlis ini iaitu:
Anugerah Sekolah Cemerlang Kategori Sekolah Kebangsaan
Dan Anugerah Sekolah Cemerlang Kategori Sekolah Bandar


Guru Besar SK Bandar Maharani, Tuan Haji Hassan Bin Haji Johari menerima hadiah dari Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Johor sempena pencapaian Ke 3 Terbaik UPSR 2008 peringkat Negeri Johor


Gambar kenangan semasa Majlis Pengumuman Keputusan UPSR Negeri Johor di Hotel M”Suite Johor Bahru pada 13 November 2008

Pemenang Sekolah Cemerlang

Tuesday, November 4th, 2008

SK Bandar Maharani dinobatkan sebagai pemenang Sekolah Cemerlang Kategori Bandar Sempena Hari Kualiti Kementerian Pelajaran Malaysia di Malaysian Agro Exposition Park Serdang Selangor pada 4 November 2008


Tuan Haji Hassan Bin Haji Johari (Guru Besar SK Bandar Maharani) menerima hadiah dari YB Menteri Pelajaran Malaysia.