Archive for the ‘Berita Semasa’ Category

SK Sebatu ke SK Bandar Maharani

Monday, November 16th, 2009

SK Bandar Maharani dengan tangan terbuka menerima kunjungan ilmuan dari SK Sebatu Melaka.Lawatan ini diketuai oleh Guru Besar SK Sebatu serta para pendidik serta AJK Bekas Murid dan PIBG sekolah.Tayangan slaid dari Unit IT sekolah menjadi santapan mata para tetamu.Penerangan dari Penyelaras Akademik juga menarik minat para hadirin .Lawatan ilmuan ini berakhir dengan jamuan ringkas dari warga SK Bandar Maharani.

Program Motivasi Dan Akujaya 2009

Wednesday, June 24th, 2009

kursus31

kursus5

Satu Program Tahun 6 iaitu Akujaya telah diadakan pada 20 JUN 2009. Program kali ini diadakan di kantin SK Bandar Maharani kerana dewan PPD telah digunakan oleh pihak Puspanita Muar. Walaupun suasana agak  kurang sesuai namun ianya tidak mematah semangat hadirin yang hadir. Terima kasih kepada Penceramah Encik Sallehuddin Bin Rasul yang sudi meluangkan masa bersama anak-anak didik sekolah ini.

Jom Jelajah Informasi..

Tuesday, April 21st, 2009

Menuntut ilmu itu bermula dari lahir hingga ke liang lahat.Begitulah kata pepatah yang diungkap sejak dahulu lagi.Menyedari hakikat ini , Tuan Haji Hassan Bin Haji Johari Guru Besar SK Bandar Maharani menyarankan agar semua warga sekolah in menjadikan internet sebagai capaian ilmu antara sekolah-sekolah luar negara. Bagi Negara Singapura  Opera Estate Primary School beralamat http://school.moe.edu.sg/oeps/ rakan contoh terutamanya dalam matapelajaran Sains.Menjadi harapan sekolah hubungan baik ini akan mengeratkan  tali persahabatan kedua-dua negara.

Sahsiah cemerlang…….

Monday, April 6th, 2009

sahsiah1

Pelancaran Program Sekolah iaitu Sahsiah Cemerlang Teras Kejayaan merupakan idea Tuan Haji Hassan Bin Haji Johari dalam usaha memantapkan lagi pencapaian kurikulum dan kokurikulum sekolah ini. Kejayaan yang jitu bermula dari sahsiah yang baik. Justeru harapan beliau dan warga sekolah agar sahsiah yang cemerlang barulah kejayaan dapat dikecapi.

Selamat Bertugas…..

Sunday, April 5th, 2009

ucap-sudin

Majlis Jamuan Perpisahan untuk Encik Samsuddin Bin Kator dan Puan Habsah Bt Abu Shah telah diadakan di Mann Chalet pada 3 April 2009 baru-baru ini.Pihak sekolah merakamkan ucapan takziah kepada Puan Habsah Bt Abu Shah atas pemergian bonda tercinta kerahmatullah Al Fatihah.Encik Samsuddin Bin Kator kini bertugas sebagai GPK Hem di SK Parit Kadhi.Tempat beliau telah diisi oleh Puan Hajjah Rubiah Bt Mohd Naib yang mula memikul tugas GPK Kokurikulum sekolah ini.Dalam ucapan perpisahan itu Encik Samsuddin mengingatkan warga SK Bandar Maharani agar sentiasa bekerjasama dengan pihak pengurusan dalam apa jua aktiviti.Kepada ketiga -tiga yang diraikan kami warga sekolah mengucapkan Selamat Bertugas.

Kemaskini laman

Tuesday, January 20th, 2009


Tema laman SK Bandar Maharani yang terdahulu

Tahun 2008 telah kita tinggalkan, tahun 2009 pula sedang kita lalui. Selaras dengan perkembangan dari tahun ke tahun maka laman SK Bandar Maharani ini yang bermula sejak tahun 2007 sedang dalam proses kemaskini.

Tema keseluruhan laman ini telahpun diubah, namun masih ada beberapa bahagian lagi yang belum sempat untuk dikemaskini. Sila lawati dan berilah teguran jika anda menemui sebarang kesilapan.

Jika ada cadangan dan saranan sila kemukakan melalui borang Hubungi Kami

Keputusan UPSR 2008

Thursday, November 13th, 2008

Di Majlis Pengumuman Keputusan UPSR Negeri Johor di Hotel M”Suite Johor Bahru pada 13 November 2008, SK Bandar Maharani telah diumumkan mendapat tempat Ke 3 Terbaik UPSR 2008 peringkat Negeri Johor. Dua anugerah dirangkul pada majlis ini iaitu:
Anugerah Sekolah Cemerlang Kategori Sekolah Kebangsaan
Dan Anugerah Sekolah Cemerlang Kategori Sekolah Bandar


Guru Besar SK Bandar Maharani, Tuan Haji Hassan Bin Haji Johari menerima hadiah dari Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Johor sempena pencapaian Ke 3 Terbaik UPSR 2008 peringkat Negeri Johor


Gambar kenangan semasa Majlis Pengumuman Keputusan UPSR Negeri Johor di Hotel M”Suite Johor Bahru pada 13 November 2008