Archive for the ‘Berita Semasa’ Category
Friday, April 16th, 2010


SK Bandar Maharani was shocked when the emergency bell ringing by our headmaster Tuan Haji Hassan Bin Haji Johari at 8.20 a.m. We thought that it was just a fire drill , but actually our electrical fuse burnt. So the pupils gathered and was informed by our headmaster about the incident. Luckily , he and our school security guard Encik Jamaluddin managed to put out the fire immediately. Thanked to TNB Muar, JKR Muar and Jabatan Bomba Dan Penyelamat Muar for their quick action to fix the damage.
Tags: berjaya, skbm, sultan johor, unit kokurikulum
Posted in Berita Semasa | No Comments »
Monday, April 12th, 2010

Unit Kokurikulum Sekolah juga turut berbangga dengan semangat juang dua peserta Teakwando yang menyertai Pertandingan Teakwando Terbuka yang diadakan di Dewan Badminton Cheras Kuala Lumpur baru-baru ini.Dalam perjuangan itu dua peserta kita iaitu Danial Aiman Bin Edy Suhaidi dan Muhd Izzat Bin Kamaruddin telah menggondol tempat kedua dan ketiga.Unit ICT merakam ucapan jutaan atas kejayaan kalian.
Tags: menang, perjuangan, taekwondo, unit ict, unit kokurikulum
Posted in Berita Semasa | No Comments »
Wednesday, March 31st, 2010
Panitia Agama Islam SK Bandar Maharani telah mengadakan Sambutan Maulidurasul Peringkat Sekolah pada 27 MAC 2010. Penceramah Undangan iaitu Ustaz Fadhil Bin Amin dari SK Sultan Abu Bakar 1.Sejarah perkembangan Nabi Muhammad saw telah dikupas dengan begitu baik sekali.Lebih membanggakan lagi YDP PIBG sekolah ini Dr Fauzi Bin Abu telah turut sama rewang menyediakan juadah untuk jamuan.



Tags: maulidurasul, panitia agama islam, skbm
Posted in Berita Semasa | No Comments »
Wednesday, March 31st, 2010

Tahniah Unit Kokurikulum kerana berjaya mendapat tempat ke 4 daripada 24 pasukan dalam Pertandingan Bola Jaring peringkat daerah Muar baru-baru ini. Dua peserta telah terpilih menjalani latihan pusat pada kali ini.Kepada 2 pemain bola jaring iaitu Farah Aqilah Bt Dewana dan Siti Nurhidayah Bt Norkhan kami Unit IT mengucapkan tahniah dan berlatih bersungguh-sungguh.
Tags: bola jaring, pertandingan, sukan, unit kokurikulum
Posted in Berita Semasa | No Comments »
Monday, March 22nd, 2010

Hari ini 22 MAC 2010 , Tuan Haji Hassan Bin Haji Johari Guru Besar SK Bandar Maharani bersama-sama Puan Azmah Bt Ayub GPK 1 , Puan Siti Rubiah Bt Mohd Naib GPK Kokurikulum serta Encik Azman Bin Ahmad GPK Hem bergambar bersama-sama 5 orang penerima anugerah Bintangku sempena pencapaian 5A dalam UPPM 1 2010. Pihak sekolah merakamkan ucapan tahniah di atas kejayaan mereka.Di sinilah segalanya bermula.Tahniah. Usaha gigih berhasil jua.
Tags: anugerah, berjaya, tahniah, uppm
Posted in Berita Semasa | No Comments »
Saturday, March 13th, 2010

Hari ini 13 MAC 2010 Yang DiPertua PIBG SK Bandar Maharani turut serta dalam Program Akujaya Tahun 6 2010. Program hari ini dihadiri oleh murid-murid tahun 6 dan ibubapa mereka. Ucapan alu-aluan Tuan Haji Hassan Bin Haji Johari, Guru Besar sekolah ini telah menjelaskan objektif program ini.
Doktor Fauzi Bin Abu orang kuat PIBG menyarankan agar pihak ibubapa menyokong apajua program sekolah kerana demi kebaikan anak didik kita sendiri. Melalui pengalaman, beliau menjelaskan kejayaan hanya akan tercapai melalui usaha dua pihak iaitu sekolah dan ibubapa. Justeru beliau berharap ibubapa berikan sokongan demi kemajuan anak didik kita.
Tags: kemajuan anak didik, Pibg, program, skbm, tahun 6, upsr terbaik
Posted in Berita Semasa | No Comments »
Monday, January 25th, 2010

Kami warga SK Bandar Maharani Muar amat berasa sedih dengan kemangkatan seorang sultan yang berjiwa rakyat yang mengambil berat mengenai kesejahteraan dan keselamatan negeri serta rakyat jelata.Sesungguhnya kemangkatan baginda merupakan satu kehilangan besar buat rakyat negeri Johor.Segala kenangan dan jasa yang ditinggalkan baginda adalah umpama daulat yang akan terus diabadikan ingatan setiap rakyat. Amin…
Tags: sultan johor
Posted in Berita Semasa, Umum | No Comments »