Archive for the ‘Berita Semasa’ Category

UPSR 2011 of SK Bandar Maharani

Monday, September 19th, 2011

Thanks to the Muar District Education Officer , Tuan Haji Ahmad Bin Othman who attended the first day of UPSR 2011 at SK Bandar Maharani.

upsr4

Tuan Haji Ahmad Bin Othman are watching the UPSR candidates .

upsr1Teachers and parents are also pray for the successful candidates of UPSR 2011.

 

upsr2

upsr3

Latihan Kebakaran

Wednesday, April 20th, 2011

13 APRIL 2011 Satu Latihan Kebakaran telah diadakan di sekolah ini.Latihan ini dibawah kelolaan GPK Hem Encik Azman Bin Ahmad dan dibantu oleh AJK Keselamatan Sekolah.

api2

Encik Azman sedang memberi taklimat tentang aturcara keselamatan semasa kebakaran.

api1

Murid-murid berkumpul di kawasan yang selamat.

api3

Guru-guru kelas berasa lega apabila mendapati anak-anak didik mereka selamat.Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat.

Sekitar Maulidurasul Kita

Wednesday, April 20th, 2011

9 APRIL 2011 SK Bandar Maharani telah mengadakan Sambutan Maulidurasul Peringkat Sekolah dengan jayanya.Penceramah jemputan dari Sekolah Rendah Agama Sungai Abong dijemput bagi menyempurnakan majlis barakah ini.

maulud7

Ketua Dapur Cikgu Helmi Bin Sumin dibantu oleh semua guru lelaki.Penyediaan makanan bermula dari jam 11.00 malam.

maulud1

Tuan Haji Hassan Bin Haji Johari sedang menyampaikan ucapan.Anak beliau turut serta dalam majlis yang mulia ini.

maulud2

Penceramah jemputan.

maulud3

maulud5

maulud6

Emmm..sedapnya masakan Cikgu Helmi dan krewnya.Tahniah semua yang terlibat.

Sekitar Program Kerjasama “Twin School” Antara Dinas Pendidikan Provinsi Riau Indonesia Dengan Kerjasama JPN Johor Malaysia

Thursday, November 4th, 2010

28 Oktober 2010 SK Bandar Maharani menerima kunjungan dari saudara di seberang Malaysia.Lawatan ini merupakan satu program yang bertujuan melihat perkembangan sekolah cemerlang Malaysia iaitu SK Bandar Maharani yang dinobatkan pada 2009.Paluan kompang dan persembahan Taekwando menyambut ketibaan tetamu.Sambil menjamu selera para tetamu dihiburkan denganbacaan Al Quran , berbalas pantun dan Tarian Zapin oleh murid-murid prasekolah SK Bandar Maharani.

indon1

Pasukan Kompang DiketuaiAzfar Firdaus Bin Abu Bakar 

indon4

Siswa dan siswi dari Riau Indonesiaindon5indon6

Sekitar lawatan ke Prasekolah Dan Makmal Komputer

indon7indon8

Taklimat sekolah oleh Tuan Haji Hassan Bin Haji Johari

indon10indon12indon11indon13indon14

Petikan akhbar Metro 1 November 2010

indon3

Salam takziah, Puan Hjh Zahrah.

Tuesday, May 25th, 2010

nisan_dan_kepok

Pada pukul 10.00 malam Unit ICT Sekolah SK Bandar Maharani dikejutkan dengan berita sedih yang menimpa seorang guru yang dedikasi iaitu Puan Hajah Zahrah Bt Haji Daim. Suami beliau iaitu Tuan Haji Ismail Bin Haji Mat Som telah kembali kerahmatullah pada waktu Isyak.

Warga lelaki SK Bandar Maharani diketuai oleh Tuan Haji Hassan Bin Haji Johari, Ustaz Haji Iskandar B Hamzah, Ustaz Haji Zainudin B Mohamad serta beberapa guru lelaki bergegas ke rumah Puan Hajah Zahrah untuk membuat tahlil.Majlis tahlil pada malam itu berakhir pada jam 11.00 malam.Tahniah kepada warga sekolah yang sangat perihatin dalam hubungan persahabatan.

Kepada Puan Hajah Zahrah ,warga SK Bandar Maharani merakamkan ucapan takziah.Semoga roh Allahyarham Tuan Haji Ismail dihimpunkan bersama-sama mereka yang beriman. Amin….

Hari Guru 2010

Monday, May 17th, 2010

“Guru Pembina Negara Bangsa”  Tema sempena sambutan Hari Guru Tahun 2010. Sambutan Peringkat Sekolah telah diadakan pada 17 Mei 2010. Acara bermula jam 7.30 pagi dengan paluan kompang menggiringi para pendidik ke Dataran Gemilang. Perarakkan diketuai oleh Tuan Haji Hassan Bin Haji Johari Guru Besar SK Bandar Maharani.


Penutup sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah disudahi dengan laungan 1 Malaysia. Unit ICT merakamkan ucapan Selamat Hari Guru kepada semua warga SK Bandar Maharani.”Kerja dengan ikhlas demi anak bangsa kita” pesan Tuan Haji Hassan kepada warga sekolah ini.

Mesyuarat Dua Dalam Satu..

Monday, May 3rd, 2010

Hari ini satu mesyuarat dua dalam satu diadakan di Bilik Pemudahcara.Pembentang Mesyuarat Sambutan Hari Guru di ketuai oleh Puan Zainon Bt Adam dan Tuan Haji Iskandar Bin Hamzah.Pembentangan Mesyuarat PIBG pula di ketuai oleh Puan Azmah Bt Ayub GPK 1.Mesyuarat Agung PIBG akan dilangsungkan pada 8 MEI 2010 jam 9.00 pagi bertempat di Dewan SK Bandar Maharani ( Kantin Sekolah )